Penyanyi Amir akui rasa rendah diri apabila bersama bintang-bintang AF Megastar.

Amir berkata timbul rasa segan apabila dia merupakan peserta termuda dan masih baru dalam industri.

"Terus-terang saya agak segan dan rendah diri juga sebenarnya bila bertanding dengan bintang AF Megastar lain.

"Lagipun saya antara bintang paling muda dan sangat baru dalam industri berbanding mereka.

"Saya boleh katakan tekanan itu lebih apabila saya juga merupakan juara AF dan jangkaan orang terhadap 'tittle' juara itu sudah pasti agak tinggi.

"Sebagai penyanyi yang masih baru, saya sepatutnya lebih bagus dari segi idea persembahan dan sebagainya," katanya kepada Astro Gempak.

Amir dimumukan antara tiga bintang yang mendapat markah terendah di Konsert AF Megastar pada Ahad lalu.

Mengulas mengenai persembahannya untuk tema Ikon di konsert akan datang, Amir memberitahu dia memilih lagu ratu rock, Ella.

"Bagi tema minggu ini saya memilih Ella sebagai Ikon namun belum memikirkan lagi dua lagu yang akan saya 'mashed-up'.

"Saya sengaja memilih lagu perempuan buat pertama kali untuk dipersembahkan di AF Megastar demi mencabar diri dan kebolehan saya," katanya lagi.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com


Teks oleh: Syafiqah Jalal