Penyanyi Shahir akui dia sengaja mencabar diri dan kebolehannya dengan membawakan lagu Pencuri Hati di Konsert AF Megastar semalam.
Shahir berkata dia memilih lagu nyanyian Ayda Jebat sempena tema Mahakarya itu kerana mahu cuba untuk keluar daripada zon selesa.
"Saya tahu ramai yang tertanya- tanya malah ada yang tidak percaya mengapa saya memilih lagu yang jauh daripada kebiasaan saya.
"Sebenarnya saya mahu mencabar diri saya untuk membawakan lagu yang bukan identiti saya supaya boleh keluar daripada zon selesa.
"Bagi saya pentas AF Megastar adalah platform yang baik untuk saya mencuba bereksperimen lagu-lagu yang bukan kebiasaannya.
"Namun saya lihat eksperimen kali ini kurang menjadi kerana saya mendapat respon rata-rata hanya suka bahagian pertama lagu saya ketika bermain piano sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Selain Sufi dan Amir, Shahir merupakan tiga bintang yang mendapat tempat terendah daripada jumlah markah pada Konsert AF Megastar semalam.
Shahir akui pemilihan lagu serta persembahannya malam itu telah membuatkan dia hampir tersingkir.
"Sebenarnya saya dah dapat agak dan sudah bersedia jika ditakdirkan saya keluar malam ini (malam tadi).
"Saya akui persembahan saya agak lemah dan percubaan saya kali ini sedikit tidak menjadi.
"Saya memang mengaku tidak pandai menari dan terlalu mencuba sehingga akhirnya merosakkan persembahan saya.
"Jadi saya tidak terkejut jika saya terkeluar tapi saya masih diberi peluang lagi. Ini bermakna pihak produksi masih mempercayai kebolehan saya," katanya lagi.
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Mon Oct 02 2017
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.