Pelakon Eyka Farhana memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengaitkan dirinya dengan penyebaran sebuah video lucah yang dikongsi menerusi laman YouTube.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) Eyka mengakui dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuba mengaibkan namanya dengan penyebaran video tersebut.
"Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini.
"Saya masih waras dan belum lagi 'GILA' untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini.
"Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak.
"Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya.
"Jika tidak pihak pengurusan saya Mind Order tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Terima kasih," tulisnya.
Rata-rata peminat mengakui terkejut dan berharap agar Eyka tabah menempuhi dugaan ini serta segera membuat laporan polis agar tindakan dapat diambil.
Video yang menyerupai mirip Eyka itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di