Pelakon Fouziah Gous mengimbas kembali kisah lucu yang berlaku selepas majlis akad nikah bersama suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Kisah itu dikongsi oleh Fouziah menerusi akaun Instagramnya beberapa jam yang lalu beserta foto-foto perkahwinannya.

Kata Fouziah, momen yang dikongsi ini merupakan antara kenangan paling istimewa dan tidak dapat dilupakan.

“21 September 2013 saya sah menjadi isteri kepada @zhafyusof . Syukur Alhamdulilah dah empat tahun kami berkongsi hidup yang penuh dengan kebahagiaan.

“Tapi moment paling tak boleh lupa selepas syok ber 'posing' ambil gambar selepas nikah di masjid(seperti diatas) Zhaf dan saya balik ke rumah. Masa tu walaupun bilik pengantin dah siap, tapi.... Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu betapa kekoknya nak masuk bilik berdua di hadapan keluarga.

“Lama juga lah saya duduk luar ulang alik tak tahu nak buat apa mengharapkan semua orang masuk bilik tidur. Lepas tu masuk bilik tukar baju terus keluar, nak pergi hotel jumpa ahli keluarga saya.

“Nak cari alasan sebab malu tahap teruk la masa tu! Yelah bercinta selepas kahwin la katakan. Melainkan dah bercinta setahun dua tak ada lah kekok dan tak tentu hala kan.. *flash back pula moment tu, takde pun plan nak type tu sebenarnya*,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fouziah juga turut mengucapkan rasa sayang kepada suami tercintanya.

“Sayang, saya tak perlu berpura-pura menjadi orang lain untuk bersama awak. Dan awak juga menerima saya seadaanya. Terima kasih dan saya cintakan kamu sayang. HAPPY 4th ANNIVERSARY @zhafyusof #zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee,”
ucapnya.

21 September 2013 saya sah menjadi isteri kepada @zhafyusof .. syukur Alhamdulilah dah 4tahun kami berkongsi hidup yg penuh dengan kebahagiaan.. Tapi moment paling tak boleh lupa selepas syok ber 'posing' ambil gambar selepas nikah di masjid(seperti diatas?) Zhaf dan saya balik ke rumah. Masa tu walaupun bilik pengantin dah siap.... tapiiiiiii.... ya Allah hanya tuhan saje yg tahu betapa awkward nak masuk bilik berdua di hadapan family.. lama juga lah saya duduk luar ulang alik tak tahu nak buat apa?.. mengharapkan semua orang masuk bilik tidur ?. Lepas tu masuk bilik tukar baju terus keluar,nak pergi hotel jumpa ahli keluarga saya. Nak cari alasan sebab malu tahap teruk la masa tu?! yelah bercinta selepas kahwin la katakan.. unless dah bercinta setahun dua takde lah awkward dan tak tentu hala kan.. *flash back pula moment tu, takde pun plan nak type tu sebenarnya*? ... Sayang, I don't have to pretend to be someone else to be with you,and all these years you accepted me for who I am. Thank you and I Love ❤️ you sayang.. HAPPY 4th ANNIVERSARY @zhafyusof #zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Manakala hati menggeliat mengusik renungan Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta Suara sang malam dan siang seakan berlagu Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku Saat aku tak lagi di sisimu Ku tunggu kau di keabadian Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku Sukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamu Terima kasih pada maha cinta menyatukan kita Saat aku tak lagi di sisimu Ku tunggu kau di keabadian Cinta kita melukiskan sejarah Menggelarkan cerita penuh suka cita Sehingga siapa pun insan Tuhan Pasti tahu cinta kita sejati Saat aku tak lagi di sisimu Ku tunggu kau di keabadian Cinta kita melukiskan sejarah Menggelarkan cerita penuh suka cita Sehingga siapa pun insan Tuhan Pasti tahu cinta kita sejati Lembah yang berwarna Membentuk melekuk memeluk kita Dua jiwa yang melebur jadi satu Dalam kesunyian cinta Cinta kita melukiskan sejarah Menggelarkan cerita penuh suka cita Sehingga siapa pun insan Tuhan Pasti tahu cinta kita sejati @zhafyusof #zhafou #4thannivesary #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Pastinya semua orang ada 'dream wedding' kan? Zaman bujang dulu macam2 impian. Kalau boleh nak buat wedding dress biar ambil masa setahun baru boleh siap?.. Tapi.... hakikatnya bila dah jumpa jodoh dan tiba2 terbuka hati nak kahwin semuanya boleh je siap dalam masa sebulan. Wedding Dress pun siap 2minggu je, venue pun boleh berubah selepas kad kahwin di edarkan ?. Sangguplah tak tidur nak makesure semua tetamu dapat table no sebelum sampai ke hotel, tapi bila smp di hotel table set up dah berubah?. Kalau nak di kongsikan pengalaman mmg banyak tapi bukan itu yg saya nak kongsikan. Sebenarnya bila kita nak berkahwin ni make sure hati kita betul2 ikhlas dengan pasangan dan pastinya kerana Allah SWT.. walaupun pelbagai dugaan dan kekurangan pasti semuanya akan di permudahkan jika nawaitu kita betul. ... Rupa-rupanya dugaan sebelum kahwin adalah untuk kita kuatkan diri dan belajar untuk sentiasa mencintai segala kekurangan daripada hanya mahukan kelebihan.. .... Thank you sayang for making it so easy to love you as a husband. Syukur Alhamdulilah i found my 'Cinta Sejati' Happy Anniversary #4years #zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee @zhafyusof

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


Foto: Instagram Fouziah Gous

Teks oleh: Mya Amri