Pelakon dan penyanyi Indonesia, Acha Septriasa telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya iaitu seorang bayi perempuan secara normal.

Khabar itu dimaklumkan menerusi sebuah akaun Instagram pojok Indonesia, @lambe_turah yang memetik berita itu daripada individu terdekat dengan Acha sendiri.

. Syelaaamaaaat buat Mba Acha dan Babang Vicky atas kelahiran buah hati nya . Minceu tungguin yesss Putu putu dedek emesh emesh yang unyu unyu selanjut nya . Tium pipi dedek emesh ??

A post shared by Bukan Akun Haters / Fanbase ? (@lambe_turah) on


Akaun Instagram itu telah memuat naik Instagram Story daripada individu yang dipercayai paling rapat dengan Acha dan Vicky yang sedang mendukung seorang bayu bersama ucapa tahniah untuk pasangan itu.

Tulisnya akaun Instagram itu: "Tahniah buat anda berdua yang kini sudah bergelar ibu dan ayah."


Hal itu bagaimanapun diakui sendiri oleh ibu Acha, Rita Emza.

"Ya, Acha sudah melahirkan bayi perempuan pukul 12.14 tengahari (waktu tempatan) seberat 3.2 kilogram.

"Acha bersalin secara normal selepas 28 jam berjuang," katanya yang menemani Acha sepanjang proses bersalin.

Pasangan itu kini menetap di Sydney, Australia selepas mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Liputan 6