Penyanyi dan penulis lirik Aizat Amdan akui kagum dengan vokal rakan baiknya, peserta AF Megastar, Bob.

Aizat Amdan atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 28, berkata, dia meminati vokal yang ada pada penyanyi itu dan beharap agar Bob dapat melakukan terbaik pada program AF Megastar.

"Meskipun tidak menyertai AF Megastar namun saya masih menonton konsert yang disiarkan itu melalui televisyen.

"Saya sangat terpegun dengan kualiti susunan muzik, pencahayaan dan tentunya persembahan daripada rakan-rakan yang terlibat.

"Jika ditanya siapakah peserta yang akan menjadi kegemaran saya, sudah semestinya Bob kerana dia mempunyai vokal yang memang hebat.

"Bagi saya, dia cuma perlukan sebuah lagu berhantu untuk menyerlah dalam industri kerana bakat yang ada pada Bob amat luar biasa.

"Jika ada rezeki saya ingin bekerja dengannya dan menghasilkan sebuah lagu yang boleh melonjakkan namanya semula dalam industi ini," katanya kepada Astro Gempak.

Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Vlog dan muzik video Jangan Menangis di Warner Music Malaysia, Damansara, baru-baru ini.

Untuk menyaksikan pelbagai video yang dikongsikan oleh Aizat, anda boleh menontonnya di saluran YouTube @officialAizatAmdan.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung dilaman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi