Sudah hampir 15 tahun drama Korea popular, Winter Sonata ditayangkan namun impak lakonan Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo masih lagi terkesan di hati peminat.

Winter Sonata bukan sahaja mempunyai pelakon dan jalan penceritaan yang hebat, malah lokasi penggambaran drama itu juga memainkan peranan penting.

Disebabkan faktor itu juga, rata-rata peminat Winter Sonata menyimpan hasrat untuk berkunjung ke salah satu lokasi drama sekiranya mereka melancong ke Korea Selatan.

Salah satu lokasi penggambaran Winter Sonata yang menjadi pilihan peminat adalah Pulau Nami (Nami Island) yang terletak di wilayah Chuncheon-si, Gangwon-do.

Kecantikan Pulau Nami tidak perlu dipertikaikan lagi dan bagi mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini reaksi mereka sememangnya ‘speechless”!

Tak percaya? Di sini kami kongsikan beberapa foto menarik di Nami Island.


kredit: Christin Berlina




Foto: A Blog by Verne & Verniece Enciso


Foto: A Blog by Verne & Verniece Enciso

Menarik bukan? Kalau anda teringin melancong bersama artis kegemaran ke destinasi impian anda, beritahu kami. Kami bakal tunaikan permintaan anda.

Caranya mudah:

Hantar Video di Instagram, beritahu kami destinasi impian dan artis kegemaran untuk menjadi travel buddy anda. Nyatakan juga mengapa anda perlu dipilih.

Lima tempat utama akan diberikan kepada ahli Gempak FC. Senang bukan?

Oh! Jangan lupa juga sertakan hashtag #expeRiance dan #ReadySetAction. Selain itu, anda juga kena hashtag #gempakfc dan sertakan nama IG anda di dalam borang permohonan Gempak FC.

Mana tahu ada rezeki mungkin anda dapat melancong bersama Fattah Amin dan Janna Nick kan?

Selain dapat melancong, hadiah misteri juga bakal diberikan kepada pemenang.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 17 September 2017. Apa tungu lagi kan?

Teks oleh: Mya Amri