Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.

"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," katanya lagi.

BACA: Didakwa Menari Seksi di Bigo Live, Fathia Latiff Enggan Komen Lanjut

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @natashaelyzza
Video: Kaizen Protocol