Seorang gadis yang baru sahaja menghadiri majlis konvokesyen mengabadikan foto kenang-kenangan di tanah perkuburan ibunya.
Kisah ini diceritakan oleh seorang jurugambar bernama Shahzuwan Pa' Wan yang memuat naik beberapa keping foto menyayat hati bersama kapsyen panjang lebar di laman Facebook miliknya.
“Hari ini peristiwa paling sedih dan bermakna yang jadi dalam hidup aku… Aku dapat seorang client untuk shoot konvo dia… Macam biasa bila dah deal apa semua dia setuju dengan pakej yang aku bgtau… So pagi tadi lepas shoot post konvo dia dia minta untuk aku shoot gambar dia di kubur...
Aku terkejut tanya kenapa nak shoot di kubur… Dia kata nanti aku tahu… Aku pun tak malu cakap banyak, so ikut je lah permintaan dia, dah nama pun client kenalah ikut permintaan dia... Kubur nak pergi tu dekat Tunjang katanya, area umah dia…
So, aku follow je lah… Masa on the way pergi kubur tu, dia ajak singgah dulu rumah dia katanya, nak ambil barang… Sampai di rumah dia, dia masuk dalam rumah lebih kurang 5 minit macam tu lah aku tunggu…
Lepas tu dia keluar dari rumah dia dengan bawa keluar frame gambar seorang wanita… Aku mula tu dah pelik kenapa nak pergi kubur bawa frame gambar wanita tu pergi kubur sekali… Persoalan mula timbul dalam kotak fikiran aku… Gambar siapa tu?
Memandangkan hari nak hujan, aku suggest dia naik kereta dengan aku untuk ke kubur. Dia tanpa membantah terus setuju… Masa dalam kereta on the way dari rumah dia ke kubur, kami senyap je…
Lepas tu, aku mula bersuara tanya gambar siapa tu? Dengan muka tunduk sambil pandang gambar tu, dia hanya senyap seribu bahasa… Aku makin diburu persoalan, aku tanya lagi dah kenapa bawa gambar tu ke kubur… Dia tetap senyap tanpa jawapan…
Sampai di persekitaran tanah perkuburan, dia suruh aku park kereta bawah pokok besar dekat tepi kubur… Lepas park kereta, dia turun dari kereta terus berjalan menuju ke satu kubur dan berhenti di situ… Aku pun tanpa banyak cakap sambil bawa kamera, aku follow dia terus ke kubur tu…
Masa di kubur tu, dia pandang aku sambil kata kat aku, “Abang Wan, ni lah kubur mak Lela. Gambar Lela pegang ni gambar mak Lela,” sambil air mata dia mula jatuh membasahi pipi dia… Time tu lidah aku kelu, tergamam tak tahu nak cakap apa, dah dengan air mata aku tanpa aku sedar mula mencurah sama laju dengan air mata dia…
Allahuakbar, ni pertama kali aku shoot client dapat moment macam ni… Sambil aku tergamam tu, aku tengok dia mula berbicara dengan kubur mak dia... Aku dengar dia kata, “Assalamualaikum mak, adik datang ni bawa diploma adik… Hari ni majlis konvokesyen adik mak… Adik happy sangat mak sebab dah konvo… Tapi lagi happy kan kalau mak ada sekali dengan adik, sambut majlis konvokesyen adik… Mak ingat tak, mak kata nak tengok adik konvo? Hari ni adik dah konvo dah, tapi kan mak, mak tak sempat tengok adik hari ni. Sebab tu, adik bawa diploma adik datang sini nak tunjuk kat mak… Walaupun mak tak ada kat sisi adik, tapi adik tahu mak nampak adik dari sana…”
Time ni, seriously aku sebagai lelaki muka ganas pun meruntun jiwa beb… Perasaan sebak tu menusuk meresap masuk dalam jiwa aku… Allah saja tahu macam mana rasa time tu… Sambil air mata aku keluar tu, aku tengok dia perlahan-lahan letak gambar dan diploma dia disisi baju nisan mak dia dan aku trus capai kamera shoot moment tu…
Dia kata kat aku, “Abang Wan, Lela nak shoot gambar Lela pakai jubah konvo dengan mak boleh tak?” Allah, lagi meruntun jiwa aku… Tanpa banyak cakap, aku terus shoot… Aku boleh shoot gambar 3, 4 keping ja sebab hati aku sebak, tak mampu nak shoot banyak-banyak...
Lepas tu, aku ajak dia balik... Dia ambil masa lebih kurang 15 minit juaga untuk tinggalkan kubur mak dia… Masa dalam kereta on the way nak balik, barulah dia bagi tahu, katanya sebelum mak dia meninggal, arwah mak dia pesan supaya dia tamatkan pengajian dia dan arwah mak dia nak tengok dia konvo, tapi itulah orang kata, sebaik-baik perancangan, perancangan dari Allah tu lebih sempurna…
Kita mampu merancang, Allah yang tentukan semua… Tak sempat dia konvo, mak dia pergi menemui Sang Pencipta disebabkan kanser… Tak pasti kanser apa... Last masa sampai depan rumah dia, dia kata kat aku, “Lela syok tengok orang lain sambut konvo dengan mak ayah mereka, tapi Lela ada ayah je. Mak dah tak ada.”
Sekali lagi air mata jatuh… Aku pesan dekat dia, “Lela, sekurang-kurangnya Lela dah tunaikan hajat mak Lela… Sabar banyak-banyak okay… Insya-Allah, kebahagiaan akan tunggu Lela di depan..”
Moral of the story, di sini aku nampak dimana kasih sayang seorang anak pada mak dia… Jadi, kita yang masih ada mak ni, hargailah mak kita sebaik-baiknya sebelum mereka pejam mata tinggalkan kita…
Time tu nak buat apa dah tak berguna… Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah mak Lela, Allahyarhamah Che Ma Binti Jamaludin (1951-2017).
Moga roh arwah mak Lela ditempatkan dikalangan orang-orang beriman… Amin… Al-Fatihah,” tulis Shahzuwan.
Entri Facebook Shahzuwan yang mengundang sebak ini menjadi viral di laman sosial dan mendapat hampir 2,400 perkongsian.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Facebook Shahzuwan Pa' Wan
Kamaruddin Razal
Thu Sep 14 2017
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.