Isteri pertama penyanyi Opick, memfailkan perceraian selepas mengetahui tentang perkahwinanan kedua penyanyi tersebut.

Menurut laporan, Kapan Lagi, berita tersebut mula menjadi kecoh di Indonesia apabila gambar Opick berpelukan dan mencium seorang wanita yang dikatakan isteri keduanya mula tersebar di media sosial.

Penyanyi itu dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita bernama Wulan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Dian Rositaningrum.

Dian mengakui kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh suaminya itu dan telah memfailkan perceraian.

Sebelum ini menerusi satu entri di Facebook, Dian juga pernah meluahkan rasa kecewanya apabila mengetahui Opick telah berpoligami secara sembunyi.

"Bagaimana seorang isteri harus menerima imam yang berpoligami secara sembunyi-sembunyi.

"Adakah dengan secara terbuka anda takut dihalang sedangkan poligami seharusnya untuk kebaikan.

"Adakah mereka tidak yakin dengan kebaikan dalam pernikahan sehingga sanggup melakukannya secara sembunyi," tulisnya.

Sumber: Kapan Lagi