Semalam, ketika jaguh pecut 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan memenangi pingat emas acara final riben biru Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, turut menjadi perhatian ialah seorang jurugambar yang berlari ‘sama laju’ dengan ‘Speedy Jantan’!

Lelaki berbaju hijau yang aksi lariannya untuk mendapatkan momen terbaik Speedy Jantan ketika acara 100 Meter lelaki akhir pada temasya Sukan SEA KL2017 itu merupakan seorang Jurugambar BERNAMA.

Ahmad Iskandar Kamaruzaman, 31, yang meminati bidang fotografi sejak zaman persekolahan digelar Unsung Hero kerana tuntutan tugasnya untuk BERNAMA.

"Masa saya lari tu saya tak boleh fikir dah barang jatuh ke, handphone jatuh ke, sebab masa tu saya cuma fikir saya tak boleh terlepas setiap momen yang Khairul Hafiz Jantan buat. Dari berlari, melompat, sujud semua saya cuba pastikan saya tak akan tertinggal. Sebab ini merupakan tanggungjawab yang diberi untuk saya.

Saya dan rakan-rakan yang bertugas di Sukan SEA 2017 cuba bagi yang terbaik agar kita dapat merakam detik-detik hebat negara," katanya kepada BERNAMA.

Malam tadi, Ahmad Iskandar menjadi tumpuan dalam sekelip mata dek kerana aksi lariannya yang terpaksa 'lebih laju' dari ‘Speedy Jantan’ ketika acara 100 Meter lelaki akhir pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil.

Aksi Ahmad Iskandar menjadi tular di Twitter sehingga ada yang sempat merakam detik tersebut: