Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) tampil memberikan penjelasan tentang pemilihan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menyalakan obor Sukan Sea ke-29 KL2017 malam tadi.
Sempena Upacara Pembukaan Sukan Sea, Dhabitah dipilih sebagai atlet terakhir untuk menyalakan obor rasmi Sukan Sea tahun ini.
Kata KJ, penghormatan itu diberikan kepada Dhabitah memandangkan prestasinya yang memberangsangkan sekali gus menjadi potensinya untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

"Saya bagi penghormatan ini kepada Dhabitah sebab Sukan Sea adalah pentas untuk bintang sukan masa depan. Our future! #BangkitBersama," tulis KJ di Twitternya malam tadi.
Pemilihan Dhabitah untuk menyalakan obor rasmi Sukan Sea itu mendapat reaksi positif netizen dan menganggap itu pilihan terbaik.
"Dhabitah ikon senyum Malaysia," tulis Zizan Ali.
"Dialah paling sesuai sebab tidak takut tinggi," kata @majidune.




Dhabitah turut berkongsi perasaan terharu dan terima kasihnya diberikan penghormatan pada upacara gilang gemilang itu.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya adalah individu paling bertuah diberikan peluang oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk terbang tinggi dan menyalakan obor rasmi Sukan Sea ke-29.
"Tanpa peluang ini saya tidak akan dapat bertemu dengan semua legenda sukan seperti hari ini.
"Kami ahli sukan sama-sama menyokong dan mengambil berat antara satu sama lain. Terima kasih," tulisnya di Instagram

Just like I said before. I'm one of the luckiest girl to be given the chance by our Sports Minister @khairykj to fly high and lit up the torch for the 29th Sea Games opening ceremony. Without this opportunity, I will not have met all the sports legend like I had today. We sports people took care of each other and support each other. Thank you.

A post shared by bitahsabri (@bie_bitah) on


Dhabitah, 18, pernah memenangi pingat gangsa dalam acara wanita 10 meter platform segerak pada Sukan Komanwel 2014.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Teks oleh: Amri Hassan