Pengarah Ola Bola The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina mahu mencari 50 pelakon dalam uji bakat muzikal tersebut yang diadakan pada Ahad (esok) ini.
Tiara berkata 50 pelakon yang dicari itu bukan sahaja boleh berlakon, malah mempunyai bakat dalam nyanyian, tarian dan sebahagiannya perlu tahu menyanyi rap.
"Alhamdulilah, sekarang ini kita menerima lebih 100 penyertaan yang sudah membuat pengesahan untuk datang pada uji bakat nanti.
"Uji bakat ini penting kerana kami mahu mencari pelakon yang terbaik dan memberi peluang daripada muka-muka baru untuk mewarnai pentas Ola Bola.
"Kami juga mencari lebih 50 pelakon yang mempunyai pelbagai bakat iaitu bukan sahaja boleh berlakon, malah perlu pandai menyanyi, menari dan menyanyi rap.
"Watak-watak yang kami cari adalah pemain bola sepak Harimau Malaya, dan juga pasukan bola kumpulan lawan, selain itu watak-watak sampingan lain.
"Kita perlu penyanyi rap pula kerana terdapat lagu yang memerlukan mereka rapping juga," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.
Uji bakat Ola Bola The Musical bakal diadakan di Enfiniti Academy, Kota Damansara, dari jam 12 tengahari hingga 6 petang pada 20 Ogos (esok).
Sementara itu Tiara juga telah mengingatkan kepada pelakon yang mahu menyertai uji bakat itu perlu membuat persiapan secukupnya kerana mereka hanya diberi peluang menonjolkan bakat masing-masing selama 3 minit sahaja.
"Mencari pelakon untuk berlakon pentas teater ini bukan mudah kerana mereka perlu ada tenaga yang luar biasa untuk berlakon secara live di atas pentas dihadapan penonton yang ramai.
"Jadi saya harap yang datang ke uji bakat itu nanti telah membuat persiapan secukupnya supaya bakat mereka dapat ditonjolkan sepenuhnya pada hari tersebut.
"Kita tidak mahu melihat ada peserta yang datang dan masih mahu berfikir apa yang mereka mahu mempersembahkan sebaliknya sudah bersedia segalanya.
"Bukan apa, kita hanya ada lebih kurang 6 jam sahaja dan peserta uji bakat yang datang lebih 100 orang jadi kita tidak mahu terlepas semuanya dan masa diberikan setiap seorang sangat terhad," katanya lagi.
Selain Tiara, juri yang turut terlibat pada hari uji bakat tersebut adalah penyanyi Altimet, Joanna Bessey serta beberapa juri lain seperti pengarah muzik dan pengarah kareografer.
Pementasan Ola Bola The Musical akan berlangsung di Istana Budaya, Februari tahun hadapan.
Terdahulu, filem Ola Bola ditayangkan pada 28 Januari tahun lalu di 120 pawagam di seluruh negara berjaya mencapai kutipan mencecah RM12 juta pada hari ke-18 tayangannya.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Sat Aug 19 2017
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!