Hubungan cinta pasangan selebriti Korea yang terkenal dengan hashtag #SwagCouple menerusi drama The Weightlifting Fairy Kim Bok Joo Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung dilaporkan sudah berakhir.

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan mereka, YG Entertainment dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Wakil YG Entertainmen berkata, Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung berpisah disebabkan oleh jadual kerja mereka yang padat.



“Memang benar, pasangan itu telah mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan kekangan masa dan juga jadual kerja yang padat.

“Namun mereka berdua masih lagi mengekalkan hubungan sebagai sahabat dengan baik. Bagaimanapun kami tidak ada hak untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan kerana itu adalah kehidupan peribadi mereka,” jelasnya seperti yang dilapor Allkpop.



Terdahulu, Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung telah menjalinkan hubungan cinta sejak 23 April lalu.

Selain Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, pasangan ini juga pernah bekerjasama menerusi drama berjudul Cheese in the Trap pada tahun lepas.