Sekeping foto seorang murid sekolah rendah memakai beg berjenama Supreme X Louis Vuitton tular di laman Facebook.

Foto itu bukan diambil di luar negara, sebaliknya ia dipercayai telah dirakam di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Berdasarkan harga yang dipaparkan di laman eBay, beg yang dipakai murid itu bernilai lebih kurang RM44,000.

Foto murid bersama beg tersebut telah mendapat perhatian netizen yang kemudiannya mempertikaikan keaslian beg tersebut.

Rata-rata mempercayai beg yang dipakai murid itu mungkin tiruan kerana terdapat sedikit perbezaan dengan beg yang asli.

Berikut merupakan komen yang ditulis pengguna laman sosial: