Hai semua...Selamat pagi, sarapan apa hari ini? Miss K pagi ni tak ada selera nak makan selepas mendengar cerita tentang pelakon popular ini.

Pagi tadi ketika sedang berjalan ke gerai nasi lemak Mak Cik Lela di belakang rumah Miss K, terserempak pula dengan Cik Ton.

Cik Ton ni bukan calang-calang orang tau. Selalunya dia kalau ajak Miss K bergossip mesti yang keluar dari mulut dia cerita yang panas-panas je.

Ketika Miss K dan Cik Ton jalan beriringan tu lah, terkeluar cerita pasal artis popular ini.

Kata Cik Ton artis popular ini sekarang berada dalam dilema. Tidak tahu mahu meneruskan hubungan dengan kekasihnya sekarang atau tidak.

Sebabnya ‘simple’. Artis kacak, tinggi lampai lagi bergaya ni dah jumpa seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri calon isteri idamannya yang tidak ada pada si kekasih.

Kata Cik Ton, gadis comel yang baru dikenali pelakon kacak itu penuh dengan ciri-ciri wanita melayu terakhir yang menitik beratkan budaya ketimuran, sementara kekasihnya pula agak moden serba-serbi.

Masalah pelakon itu sekarang, dia tidak sampai hati untuk minta putus dengan kekasihnya kerana si kekasih walaupun tidak ada ‘ciri’ yang sudah lama dicari, susah senang mereka bersama.

Alahai...macam inilah ya encik pelakon kacak, tinggi lampai dan bergaya...Miss K nasihatkan supaya awak ikut kata hati bukan nafsu.

Kasihan kekasih awak tu. Kalau dia tak ada ciri yang awak cari, Miss K rasa selepas berkahwin nanti awak wujudkanlah kriteria tu.

Contohnya, kalau dia malas masak awak didiklah dia sampai dia pandai masak. Lagipun kalau dia sayangkan awak, mestilah dia ikut cakap awak. Ye tak?

Masalah awak bukan besar mana pun...Ada jalan penyelesaian. Lagipun tak susah nak jadi lelaki setia kan?

Miss K: Terserempak dengan suami pelakon yang juga seorang pelakon sedang berpeleseran di kelab malam popular di Jalan Tun Razak! Alahai...tak berubah lagi rupanya!