Pelakon popular Siti Elizad mengakui sukakan watak Inspektor Hannah dalam drama terbaharu lakonannya, My Darling Inspektor Daniel.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin berkata, dia memang sudah lama mengimpikan watak sebagai seorang anggota polis sejak awal berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya sukakan Inspektor Hannah yang tomboy, lasak dan suka menuggang motosikal. Sebaik sahaja diberitahu saya bakal membawakan watak tersebut, ia umpama ‘bulan jatuh ke riba’.

Jujur ikhlas jawapan dariiii awakkkkkkkk Inspektor Daniel ! Xmo tipu2 . Hokayhh ! ? #MyDarlingInspektorDaniel #astroria #Astro @elizad_team malam ni jgn lupe guys !!! ?

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on



“Sebaik sahaja menyarung seragam polis, saya terus fokus pada watak Inspektor Hannah dan menjaga etika sebagai anggota polis,” katanya.

Tambah Elizad lagi, menerusi drama bersiri 16 episod itu juga dia menimba banyak pengalaman berharga.

“Saya tidak pandai mengendalikan senjata api pada mulanya, tetapi dengan bantuan kru saya yang pada mulanya kekok menjadi lebih mahir dari sehari ke sehari.

“Satu lagi pengalaman yang saya tidak akan lupakan untuk drama ini ialah apabila terpaksa menjalani penggambaran di bulan Ramadan.

“Berlakon di tengah panas, bulan puasa memang menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Tetapi saya seronok kerana banyak babak menunggang motosikal berkuasa tinggi polis,” ujarnya.

Hi guys jgn lupa malam ni kita kasi trending lagi tau !!!! ??? #MyDarlingInspektorDaniel . Malam ni episod 4 pula okayhhh !!! #MyDarlingInspektorDaniel #astro #astroria #inspektorhannah @elizad_team . ?

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on


Dalam pada itu Elizad meluahkan rasa gembiranya kerana sering digandingkan dengan hero yang mudah untuk bekerjasama.

“Tidak susah mencari keserasian dengan Aaron, tambahan lagi dia pula seorang yang sangat ceria dan sentiasa membuatkan set penggambaran ‘gembira’.

“Erra Fazira pula seorang pelakon senior yang tidak lokek ilmu manakala Elizabeth Tan seorang pelakon baru yang mempunyai potensi dalam bidang lakonan,” katanya .

Drama bersiri arahan Aziz M. Osman, terbitan Skop Productions ini menggandingkan Elizad dengan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Zarul Umbrella, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

My Darling Inspektor Daniel bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 31 Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Elizad bakal ke lokasi penggambaran drama bersiri 70 episod, Syurga Yang Kedua bergandingan dengan Erra Fazira untuk saluran Astro Prima.