Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.

Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.

Sempena minggu ini, usahawan dan isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri akan berkongsi pengalaman dan cerita menariknya.

Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Nina.

1) Nina nama gabungan

Umum mengenali Nina sebagai kakak kepada penyanyi Dafi dan isteri kepada pereka fesyen Jovian Mandagie, nama Nina sebenarnya kombinasi nama kedua-dua orang tuanya iaitu Muhaini (Nani) dan Ismail Sabri. Maka jadilah Nina Sabrina.

2) Takut lipas

Bagi yang tidak tahu, Nina sebenarnya pelajar pintar dan seorang pelajar PTS. Hal ini bermakna Nina berjaya melangkau darjah empat ketika bersekolah rendah.

Lulusan Sarjana Perniagaan dari University of Queensland, Australia ini bagaimanapun takutkan lipas!

3) Baru buka bisnes kek

Selain memiliki taska Peterana Kindergarden sebagai bisnes sulungnya, kini Nina melebarkan sayap dengan membuka perniagaan baru berasaskan bakeri iaitu Fluff Bakery KL di Singapura.

"Kami juga baru membukan sebuah cawangan baru di Taman Tun Dr Ismail selepas Ramadan baru-baru ini dan respons yang diterima memang luar biasa!" katanya.

View from the kitchen. Hello everyone! All flavours still available yo!

A post shared by Fluff Bakery KL (@fluffbakerykl) on


4) Apa fesyen pilihan Nina?

Selaku isteri kepada pereka fesyen, pastinya setiap gaya yang diperagakan akan menjadi perhatian orang ramai.

Bagi Nina, dia mengakui dirinya cenderung dan meminati bidang fesyen namun dia lebih gemar mengenakan pakaian yang selesa untuk bergerak setiap masa.

"Saya suka fesyen tetapi saya tidak mudah terpengaruh, saya pakai apa yang kelihatan elok di mata saya dan selesa," tambah Nina.




5) Baby JNM

Nina dan Jovian kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka pada bulan November. Teruja dan gembira, Nina juga berkongsi pilihan destinasi percutian selepas ini.

"Memandangkan si kecil ini bakal lahir tidak lama lagi kami menukar destinasi percutian yang lebih mesra kanak-kanak.

"Selepas berkahwin, kami mempunyai senarai semak lokasi percutian sendiri dan sudah melawat ke hampir semua destinasi itu.

"Mungkin selepas ini kami akan memilih bercuti ke Disneyland, taman tema atau zoo.

"Impian saya untuk bercuti bersama-sama dengan Jovian dan baby JNM. Selepas ini segalanya tentang dia saja," ceritanya.




Teks oleh: Amri Hassan