Pelakon Janna Nick akui bukan mudah untuk melakonkan watak ‘Dani’ dalam drama bersiri Coffee Prince.

Menurut Janna, antara cabaran yang perlu dihadapi adalah proses penurunan berat badan sebelum memasuki set penggambaran drama tersebut.

“Untuk membuatkan karakter saya nampak 'real', saya kena menguruskan badan sebab dalam cerita itu saya kena menyamar menjadi lelaki.

“Saya perlu membuatkan fizikal saya kelihatan seperti itu. Nak hilangkan bentuk badan wanita bukan mudah, jadi salah satu caranya saya harus diet.

"Kalau diikutkan saya sebenarnya perlu turunkan berat dalam 10kg,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Janna sudah pun memasuki set penggambaran Coffee Prince versi Malaysia bermula 3 Ogos lalu.

Selain Janna, pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Fattah Amin.

Drama bersiri yang mendapat hasil sentuhan sutradara Michael Ang ini bakal ditayangkan pada November ini.

Teks oleh: Mya Amri