Pelakon Putri Najuwa mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Zaid Samsuri, 34, pada 22 September ini.

Najuwa, 32, gembira kerana hubungan yang terjalin sebanyak 10 tahun itu berakhir ke jenjang pelamin.

"Alhamdulilah selepas 10 tahun berkenalan dan enam tahun bercinta, akhirnya hubungan dengan perkahwinan.

"Kami mengambil masa yang agak lama untuk berkahwin kerana sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerja.

"Sekarang ini saya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan kerana kami akan bernikah 22 September dan bersanding pada 23 September ini," katanya kepada Astro Gempak.

Najuwa ditemui di majlis pelancaran trailer filem Dubai My Love yang diadakan di Restoran Tajine semalam.

Bercerita mengenai bakal suaminya, Najuwa memberitahu dia yakin lelaki itu adalah plihan yang tepat seleps melihat kasih sayang yang terjalin di antaranya dan ibunya.

"Saya terpikat dengan dia selepas melihat dia melayan ibunya dengan penuh rasa kasih sayang dan bertanggungjawab.

"Saya pasti dia boleh menjaga saya sepertimana dia menyayangi ibunya.

"Malah, dia sudah meminta izin untuk membawa ibunya tinggal bersama kami selepas kahwin nanti," katanya lagi.

Selain Najuwa Dubai My Love turut dibintangi pelakon utama lain seperti Erwin Dawson dan Nik Qistina.

Filem yang menjalani penggambaran di Dubai itu bakal ditayangkan di pawagam di jangka pada Oktober ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal