Bersempena tayangan filem adaptasi novel ‘Kau Yang Satu’ yang akan menemui penonton bermula 27 Julai ini, Astro Gempak mengimbas kembali beberapa sedutan menarik novel tersebut.
‘Kau Yang Satu’ karya novelis Nia Azalea ini merupakan novel paling laris dan telah diulang catak sebanyak 20 kali sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2003.
Kini, kisah cinta tiga segi antara Taufik, Salina dan Zul menerusi novel tersebut telah ‘dijelmakan’ dalam bentuk filem oleh pengarah, Osman Ali.
Menariknya, pemilihan para pelakon untuk filem ini sangat bertepatan dengan karakter-karakter dalam novel tersebut.
Para pelakon yang dimaksudkan adalah Aaron Aziz (Taufik), Izara Aishah (Salina), Hisyam Hamid (Zul) dan Soo Wincci (Isabella).
Untuk meraikan ulang tahun ke 14 novel tersebut, Astro Gempak kongsikan sedutan novel ‘Kau Yang Satu’.
Momen-momen menarik dalam sedutan yang dikongsi ini merupakan pilihan Nia Azalea sendiri.
Sedutan terakhir ini merupakan kisah Salina yang terpaksa menerima hakikat bahawa perkahwinan mereka tidak bahagia.
Prologue
Biar pun hubungan Isabella dengan Taufik telah lama putus, namun Isabella sukar sekali untuk berganjak dari memori silam yang dahulunya indah dan mengasyikkan. Hatinya sentiasa dipagut cemburu yang meluap setiap kali mengenangkan yang Taufik kini bahagia bersama Salina.
Sakit hatinya bukan kepalang apabila percubaan untuk menggoda semula Taufik langsung tidak dilayan. Itu yang menyebabkan dia menjadi semakin nanar dan sanggup melakukan kerja gila, mengintip setiap gerak langkah Salina. Sungguh, dia nekad melakukan apa sahaja. Asalkan bahagia itu bukan milik mereka.
***********************************************
Salina setia terpaku di pinggir jalan, sambil sekali-sekala pandangannya dilemparkan ke arah jalan utama. Manalah tahu, Pak Deris mungkin tiba lebih awal daripada yang dijanjikan. Matanya yang meliar itu tiba-tiba tertancap pada seraut wajah yang pernah dikenalinya.
Isabella!
Wanita yang cukup bergaya itu menghampiri Salina yang duduk bersendirian. Rambutnya yang baru sahaja diwarnai dengan warna perang kemerahan kelihatan rapi apabila didandan. Seperti biasa, dia kelihatan cukup seksi dan berkeyakinan tatkala mengorak langkah ke arah Salina. Perutnya yang sedikit memboyot tidak menghalang wanita itu memakai sepatu setinggi dua inci.
“Salina, kan?” Cermin matanya yang berbayang ungu itu ditanggalkan, mempamerkan sepasang mata yang galak menggoda. Dibiarkan sahaja cermin mata itu terletak di atas kepala, menghiasai mahkota kebanggaannya.
“Hai, I Bella. Ini kali pertama kita bertemu kan?” Seraya dia menghulurkan tangan.
Kukunya yang berwarna merah meruncing sedikit bersilau apabila dipanah cahaya matahari.
Salina menyambut dengan senyuman yang sedikit gusar. Dia tidak mengerti kenapa wanita itu tiba-tiba berada di hadapannya.
“Hmmm…mungkin ini kali pertama you bertemu dengan I. Tapi I dah lama kenal you. Model terkenal kan?”
Isabella tergelak besar. “You ni buat I malu. Apalah sangat setakat menjadi model. Ramai lagi model yang semakin berlambak di pentas sekarang. I ni pun dah semakin tak laku.”
Salina tersenyum. Dia senang dengan tutur dan lagak Isabella . Tidaklah seperti yang disangkakan sebelum ini. Fikirnya semua model pasti mempunyai ego yang tinggi dan sombong.
“You dari mana ni?” Tanya Isabella, berpura-pura tidak tahu, biar pun selama ini mata helangnya sentiasa mengekori pergerakan Salina.
“Oh, dari klinik. I kurang sihat tadi,” beritahu Salina tanpa berselindung. Wajahnya terpancar sinar kegembiraan. “I am pregnant.”
“Oh, I am happy for you,” ujar Isabella, sambil mendepakan tangannya dan memeluh tubuh Salina.
Salina sekadar menurut, sambil matanya tidak lepas memandang perut Isabella.
“Berapa bulan kandungan you?”
“Minggu depan nak masuk lima bulan,” Isabella kelihatan murung.
Menyedari perubahan mendadak pada air muka Isabella, Salina mula dilanda serba-salah. “Kenapa ni? You ada masalah ke?”
“Sebenarnya I ada perkara penting nak cakap dengan you. Dah lama I nak jumpa you tapi tak berkesempatan.”
Dahi Salina berkerut. Seerentak, debaran di dadanya semakin kencang.
“You tahu kan hubungan I dengan Taufik. This baby is ours,” ujar Isabella, memandang Salina, mengharapkan simpati. “I harap you tak salahkan I semata-mata dalam hal ini. Bertepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi.”
Salina terpaku. Benaknya diserang dengan pelbagai macam persoalan.
Kegembiraan yang tadinya memenuhi setiap ruang sarafnya menerpa hilang begitu sahaja.
“Taufik tak mungkin buat demikian,” nafi Salina dengan tegas. “This must be some kind of a joke!”
“I tahu you cukup sayangkan Taufik. I faham hati seorang perempuan. Tapi bukankah tak adil bila Taufik meninggalkan I setelah I hamil? Apakah salah I sedangkan sebelum ini kami saling menyintai?” Kata-kata Isabella berbaur emosi.
Salina menggeleng kesal. “I tak faham. Tolong jelaskan.”
“Kami dah bersama lebih kurang 3 tahun. Tentu banyak perkara yang sudah kami lalui bersama,” kata-katanya bercampur dengan esak tangis yang cuba dikawal. “I tak pernah salahkan kehadiran you di antara kami. I terima. I bakal menjadi ibu. I rasa you boleh faham bagaimana perasaan wanita yang bakal menjadi ibu tanpa kehadiran suami.”
Salina memejamkan matanya. Telinganya terasa dibakar dengan pendedahan Isabella. Seingatnya Taufik tidak pernah membicarakan hal Isabella, biar pun beberapa kali topik itu ditimbulkan oleh Salina. Sungguh tidak disangka, dirinya sekali lagi dipermain-mainkan oleh Taufik.
***********************************************
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd yang akan menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
Ingin dapatkan edisi terhad Kau Yang Satu, layari Karangkraf.com.
Mya Amri
Thu Jul 27 2017
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan