Perkongsian seorang jejaka bernama Nazrin Haikal Ruslan di laman Facebook mengundang rasa sakit hati netizen.

Nazrin memuat naik sebuah video sebuah bas yang dipandu secara berbahaya.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, pemandu bas tersebut memotong sebuah kereta di jalan yang mempunyai garisan berkembar (double line).

"Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalanraya tanpa mengira keselamatan orang lain. Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu.

Memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan, dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing.

Bas anda hebat, ada teknologi GPS, ada speed limiter, ada Free WiFi, pemandu pakai uniform segak ala-ala 'pilot'. Tetapi, pemandu yang ini, pada hemat saya, layak diambil tindakan yang sewajarnya.

Saya memandu waktu petang untuk pulang ke rumah, bukan mahu pulang ke rahmatullah.

Berlaku di jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran Kampung Guntong Luar. Waktu dan tarikh kejadian boleh rujuk di gambar.

Nota Kaki:- Gambar dan video dirakam menggunakan kamera Yi Car Cam dari YI Technology,"
tulis Nazrin.

Rata-rata netizen berang dengan kelakuan pemandu bas yang boleh mengundang bahaya.

Qumad Jakera: Memang kurang ajar... Mentang-mentang dia besar.

Rosni Rosni: Kurang ajar, kalau tak sayang nyawa sendiri ingat sikit nyawa orang lain... Kena ambil tindakan pemandu cam ni, mengancam nyawa dan keselamatan orang lain..

Zamri Rani: Dia rasa BESAR.. Rasa hebat.. Tak endah pada yang kecik.. Ingatlah.. Tunggulah.. Yang BESAR pun boleh terjun gaung kalau bawak macam tu rupa.. Celik mata pagi... Hidup hari-hari jangan mengundang sumpah maki orang..

Mohd Rizal Mohamad Abidin: Seram. Nak laju tak bertempat.

Nurul Ashikin: Buat aduan kepada SPAD, JPJ dan PDRM.. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Habis fobia penumpang nak naik bas. Lama-lama industri pengangkutan bas 'lenyap'. Memang setiap kematian tu ada asbab, tapi impak perkara macam ni menyusahkan orang lain. Jangan end up nya "driver mengalami penyakit mental, sawan dan etc".


Teks oleh: Kamaruddin Razal