Single sulung Datuk Seri Vida (DSV) berjudul I Am Me bakal dipasarkan di platform digital antaranya iTunes dan Spotify bermula Jumaat ini.

Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia mahu lagu itu mendapat liputan meluas bukan hanya di Malaysia bahkan antarabangsa.

"Lagu I Am Me akan dilancarkan secara rasminya pada hari Jumaat ini (14 Julai) di semua platform digital.

"Manakala muzik videonya akan ditayangkan di platform media sosial pada 1 Ogos," katanya ketika ditemui di set penggambaran muzik video I Am Me di Petaling Jaga, Selangor hari ini.

Lagu I Am Me dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU dan muzik video itu diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.

Vida menyarung enam persalinan khas sepanjang penggambaran yang berlangsung selama dua hari itu.

Teks oleh: Amri Hassan