Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang penyamun sedang pecah masuk di sebuah garaj kereta yang disangkanya sebagai rumah menarik perhatian pengguna media sosial.

Rakaman video yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menjadi tular kerana penyamun tersebut kelihatan berhempas pulas untuk memecahkan pintu dan tingkap bahagian tepi garaj.

Selepas berjaya memecahkan dan masuk melalui tingkap garaj tersebut, penyamun itu kelihatan hampa apabila dia mendapati 'rumah' yang dipecahkan itu sebenarnya merupakan garaj kereta.

Video yang berdurasi 54 saat itu dikongsi menerusi laman Facebook 'Just Sebar'.

"Kau nak jadi penyamun jangan bodoh sangat boleh tak.. Aku sumpah jadi mengkarung baru kau tau hahahahaha," tulis laman Facebook tersebut.

Netizen yang menonton video tersebut rata-rata terhibur dengan aksi pendek akal penyamun itu.

"Hahaha... Sengal punya penyamun...," - Niffty Nourein Hardy.

"Tak tahu nak marah ke, nak ketawa ke, nak kesian," - Pokcu Faz.

"Mesti berbulu kan perompak tu.. Dah lah nak tarik papan tu je setengah nyawa.. Kena pulak bulan puasa.. Tak tau lah maki seranah dia berterabur macam-macam agaknya.. Hahahahaa.. Bukak-bukak last-last garage kereta.. Adoi.. Aku kalau boleh memang tak nak gelakkan orang.. Tapi yang ni memang kelakar," - Muhd Syafiq.

"Kena amik kursus 'Penyamun for dummies' ni," - Cheah Swee Aun.

Teks oleh: Kamaruddin Razal