Foto seorang lelaki menunggang motosikal di lebuh raya dengan seekor kucing di bahu tular di laman sosial Facebook (FB), semalam.

Gambar itu dirakam pemilik kucing tersebut yang dinamakan Twiny ketika mereka dalam perjalanan pulang berhari raya, dari Shah Alam ke Ipoh.

Tidak sampai 24 jam foto tersebut dikongsi lebih 10,000 pengguna FB.

Bagaimanapun rata-rata pengguna laman sosial menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan kucing tersebut.

Malah, ramai yang menasihatkan penunggang motosikal itu supaya memikirkan keselamatan kucing tersebut sebelum membawa ia bersama.

Berikut merupakan komen-komen daripada netizen:

Norlia Samsi - "Adik, bila sampai bab keselamatan jangan kompromi, biar dia meronta sekejap dalam pet carrier. Kemudian ikat di seat belakang. Lama-lama ok lah mereka itu. Kalau awak dan terbiasa macam ini, esok-esok anak awak pun awak biar sahaja melepak dalam kereta tak duduk dalam car seat."

Nomie Yusri- "Risau dia jatuh, tahan ke lama-lama? Ya Allah, kalau jatuh tu aku boleh pengsan. Sayang gila, bela dari kecil. Takut dia lenguh ke apa.."

Von Hartz - "Risau sahaja tengok, kena kucing tu buat perangai melompat atas jalan raya tak ke naya? Semoga abang ni lepas raya beli kereta sebijik, Axia pun jadilah untuk keselamatan."

Muhammad Faizal - "Penyayang macam mana pun, safety first lah. Ade bakul kain yang boleh ikat di belakang moto tu. Daripada tiba-tiba kucing tu kena sawan dan jatuh moto lagi kesian."

Khairol Anuar - "Persatuan 'meow meow' satu Malaysia memandang serius perkara ini..disebabkan tiada pemakaian topi keledar khusus 'meow meow'."