Malam tadi, Miss K menerima panggilan seorang rakan Miss K, Shira, ketika Miss K sedang sibuk memasak untuk waktu sahur.

Menurut Shira yang baru sahaja selesai moreh di sebuah kedai makan popular sekitar ibu kota, dia ternampak kelibat aktres jelita Fathia Latiff bersama seorang jejaka.

"Miss K, aku nampak Fathia dengan seorang mamat ni. Segak juga orangnya, berkepala botak.

"Mereka nampak mesra, mungkin datang sini sebab nak bersahur kot. Aku pun nak balik dah, kalau aku masih lepak lagi boleh tengokkan untuk kau Miss K," kata Shira.

Tak sampai setengah jam, Shira telefon Miss K semula.

"Haaa, Miss K, cuba kau tengok Instagram Stories Fathia tu. Dia ada letak gambar mamat tu la. Dia letak gambar abang botak tu siap ada emoticon 'smiley' lagi.

"Itulah orangnya! Wah, mereka nampak serasi. Itu kawan dia ke arau kekasih baru dia Miss K?," tanya Shira kepada Miss K.

Miss K pun tak tahu adakah jejaka tersebut sekadar rakan Fathia atau kekasih barunya. Apa yang Miss K tahu, dengarnya Fathia kini sedang dalam proses mengenali seseorang.

Apa-apapun, Miss K doakan yang terbaik untuk Fathia. Kalau betul kekasih, lekas-lekas kahwin! Peminat tak sabar nak tengok Fathia naik pelamin!

Miss K: Nak terpacak depan TV malam ni sebab nak tengok Fazura dengan Fattah dalam program MeleTOP jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

*Ada gossip atau berita panas yang hendak dikongsi? Hantar kepada [email protected]*