Penyanyi K-Pop terkenal, G-DRAGON menunaikan hasrat peminat apabila dia bakal kembali ke Malaysia untuk konsert siri jelajah dunia ACTIII, M.O.T.T.E (Moment of Truth The End) September depan.

Sebelum ini G-DRAGON atau lebih mesra dengan panggilan GD ini mengumumkan berita mengenai siri jelajahnya di akaun Instagram peribadinya, @xxxibgdrgn dengan menggunakan hashtag #MOTTE Mei lalu.

"G-DRAGON 2017 WORLD TOURMoment•Of•Truth•The•End. Coming soon to your city! http://ygfamily.com/event/GDRAGON/MOTTE. #GDRAGON #GD #GDRAGONCONCERT, #GDRAGONWORLDTOUR #ACTIII #MOTTE #모태 #母胎 #MOMENTOFTRUTHTHEEND #MOTTEINSEOUL #MOTTEINMACAO #MOTTEINSINGAPORE #MOTTEINBANGKOK #MOTTEINSEATTLE #MOTTEINSANJOSE #MOTTEINLOSANGELES #MOTTEINHOUSTON #MOTTEINCHICAGO #MOTTEINMIAMI #MOTTEINNEWYORK #MOTTEINTORONTO #MOTTEINSYDNEY #MOTTEINBRISBANE #MOTTEINMELBOURNE #MOTTEINAUCKLAND #MOTTEINFUKUOKA #MOTTEINOSAKA #MOTTEINTOKYO,"tulisnya.

Bagaimanapun peminat negara ini meluahkan rasa kecewa kerana Malaysia tidak berada dalam senarai siri jelajah dunianya.

Namun kini peminat boleh menarik nafas lega apabila penganjur IME Malaysia mengumumkan ketua kumpulan BIGBANG itu akan hadir pada 16 September untuk konsert solo keduanya di negara ini.



G-DRAGON 2017 WORLD TOURin Malaysia akan berlangsung di Stadium Negara pada jam 7.30 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengumuman tiket, layari akaun Facebook rasmi IME Production, Twitter IMEproduction dan Instagram @IME_Asia.

Dalam perkembangan terbaru, GD baru sahaja melancarkan album solo terbarunya berjudul, Kwon Ji Yong.

GD sebelum ini hadir ke Malaysia untuk konsert solo pertamanya, G-DRAGON 2013 1st World Tour: One of A Kind in Malaysia bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.