Beberapa rakaman video seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun berada dalam keadaan khayal dipercayai diberi dadah menjadi viral di media sosial semenjak semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kedah itu menyaksikan kanak-kanak malang itu kelihatan seperti tidak bermaya dan dipercayai diberikan dadah jenis syabu oleh teman lelaki ibunya.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya.

Di laman Facebook, kebanyakan netizen menzahirkan rasa marah terhadap ibu kanak-kanak tersebut serta teman lelakinya.

“Nurul Hasni: Binatang pun tau jaga anak baik-baik... dari kau aniaya anak kau, baik kau bagi kat orang... Binatang lagi mulia dari kau dengan jantan kau tu....”

“Lie Rusli: Kesiannya la.. kalau nak mendadah sekali pun janganlah ajar kanak-kanak,3 tahun tu. Ni jenis patut di hempuk dgn pelepah sawit je.”

“Ruth Ann Jothi Markandoo: What the hell is happening in this world now. What the hell the mother is doing? Poor child.”

“Sharu Sharmi: please help this boy.”

“Nizam Ezah: Melampau betul ni.. Ada ke patut anak yang sekecil ini disuruh hisap dadah.. harap PDRM tangkap orang yang bertanggungjawab .. Saya mohon PDRM selamatkan anak ini,”


Seorang wanita yang merupakan nenek mangsa terkejut melihat video tersebut dan telah pun membuat laporan polis ke atas teman lelaki kepada ibu mangsa.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan bekas menantunya. Polis sedang giat menjalankan tugas untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut serta menahan teman lelaki ibunya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal