Pelakon Shaheizy Sam mengakui cuti berlakon sepanjang Ramadan ini kerana ingin memberi fokus kepada aktiviti perniagaan baju melayu.

Menurut Sam, itu merupakan rutin yang dilakukan setiap tahun dan bersyukur kerana ada pihak yang sudi menjalinkan kerjasama menjalankan perniagaan bersamanya.

"Memang dari tahun-tahun lalu, saya tidak akan menerima sebarang tawaran lakonan ketika bulan puasa.

"Saya bersyukur kerana dapat berkolaborasi bersama Elrah Exclusive menjalankan aktiviti perniagaan baju melayu," katanya.

Dalam pada itu, Sam berkata walaupun menjalani ibadah puasa dia akan tetap ke gim untuk memastikan staminanya kekal sebagai persediaan masuk ke set penggambaran Polis Evo 2 selepas Aidilfitri ini.

"Walaupun sibuk berniaga, saya tetap akan ke gimnasium setiap malam untuk menjaga stamina sebelum mula penggambaran Polis Evo 2," katanya kepada Astro Gempak.

Sam berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran Supertele Baby Bro, di Ayer@8, Putrajaya, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi