Putera sulung kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar teruja menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.

Keterujaan Yusuf dapat dilihat menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG), @theyusufiskandar.

Reaksi wajah si comel yang teruja melihat percikan bunga api yang diletakkan di atas kek hari jadinya menarik perhatian pengikut IG nya.

Entri tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada peminat Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.

Antara ucapan yang ditelah diberikan kepada Yusuf adalah ”Alhamdulillah.. Selamat hari lahir Yusuf semoga membesar menjadi anak yang soleh, sihat selalu dan murah rezeki. InsyAllah,” tulis Halimah Hamid

”Happy birthday Yusuf... Auntie doakan semoga menjadi hamba Allah yg bertaqwa, anak yg soleh, berjaya dunia akhirat, sentiasa membahagiakan ibu bapa, sentiasa dalam rahmat Allah,” ucap Umie Adam Awisy

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Yusuf dan mereka berharap agar dia membesar menjadi anak yang soleh.

Bapa Yusuf, Hairul Azreen, 29, turut berkongsi kegembiraan menyambut hari kelahiran anaknya itu.

Hairul menulis di IG ”Alhamdulillah anak daddy hari ini gebap umur setahun, Happy Birthday #YusufIskandar1Tahun.”

Hanis dan Hairul telah bernikah pada Jun 2015 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan mereka.

Happy Birthday to our son Yusuf Iskandar. Alhamdulillah #YusufIskandar1Tahun membawa bahagia kepada kami ? Yusuf nanti dah besar insyaAllah baca ya pesanan-pesanan kami semua.

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on



Teks oleh : Izzat Ridzwan