Destinasi mesra membeli belah, Quill City Mall Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail berbesar hati mengangkat tema yang diadaptasi daripada novel dan drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Drama bersiri lakonan Fattah Amin dan Nur Fazura ini menjadi inspirasi Quill City Mall bersempena kedatangan Ramadan dan Raya tahun ini. Kempen yang diberi nama 'Raya Kasih dan Cinta' ini bermula 25 Mei sehingga 2 Julai 2017 telah dilancarkan pada Khamis lalu di pusat membeli belah tersebut.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Michael Ong selaku Pengarah Ekssekutif Kumpulan Syarikat Quill Group, Ng Chee Keong selaku Ketua Pegawai Operasi Quill Group of Companies serta pelakon Fattah Amin, pengarah Michael Ang dan penyanyi Shiha Zikir.

Menerusi kempen tersebut, pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan serta hadiah-hadiah menarik yang dapat dibawa pulang oleh pengunjung Quill City Mall.

Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) dan sampul raya eksklusif secara percuma dengan berbelanja sebanyak RM99 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL.

Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Untuk sebarang informasi berkenaan aktiviti menarik sepanjang kempen’Raya Kasih dan Cinta’, layari laman Facebook dan Instagram Quill City Mall Kuala Lumpur atau laman web www.quillcitymall.com.my. Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta.

Teks oleh: Kamaruddin Razal