Pengarah Michael Ang mengakui dia memaksa pelakon Fattah Amin dan aktres Nur Fazura untuk bercinta dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

"Mereka tidak pernah digandingkan bersama. Sebagai pengarah, saya sudah memberi pesanan awal terhadap Fattah dan Fazura supaya mereka benar-benar bercinta ketika di set penggambaran untuk mewujudkan keserasian.

"Selepas beberapa ketika, jalinan kemesraan antara mereka mula terpancar menerusi visual. Mereka berdua sangat profesional dan mudah untuk bekerjasama," kata Michael kepada Astro Gempak.

Selepas kejayaan Suri Hati Mr. Pilot, Michael mahu terus mengekalkan momentum mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai pengikut tersendiri.

"Saya perlu memastikan Hero Seorang Cinderella berada di tahap tersendiri. Bukan untuk bersaing, tetapi saya hanya mahu mengekalkan momentum Suri Hati Mr. Pilot.

"Saya mahu menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati penonton. Syukur kerana walaupun baru seminggu bersiaran, drama bersiri ini mendapat maklumbalas positif," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Quill City Mall Raya Kasih dan Cinta pada Khamis.

Quill City Mall KL mengangkat tema yang diadaptasi daripada novel dan drama bersiri lakonan Fattah dan Fazura, Hero Seorang Cinderella bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Kempen yang diberi nama 'Raya Kasih dan Cinta' ini bermula 25 Mei sehingga 2 Julai 2017.

Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL! Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta

Teks oleh: Kamaruddin Razal