Sempena bulan Ramadan yang bakal disambut esok (Sabtu), pasti ramai yang telah merancang untuk bersahur bersama keluarga.

Namun, apa yang dirisaukan adalah jika anda terlajak tidur dan tidak sedar hingga masuk waktu Imsak.

Untuk pastikan anda terjaga tepat mada waktunya, berikut kami kongsikan empat tips yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan:

1. Letakkan Jam Loceng Jauh Dari Katil

Walaupun jam loceng atau penggera di telefon bimbit telah bunyi beberapa kali, anda pasti akan menekan butang snooze lalu akan terlajak tidur. Dengan cara meletakkan jam loceng atau penggera di tempat yang jauh dari katil, anda pasti akan terjaga dan bangun dari katil.

2. Tidur Awal

Di peringkat permulaan puasa, pasti anda tidak biasa untuk bangun di awal pagi. Antara cara untuk mudah bangun ketika sahur adalah dengan menukar jadual tidur lebih awal. Dengan cara ini, pasti anda akan mudah terjaga sewaku sahur dan tidak terlalu mengantuk.

3. Jadikan Sahur Lebih Meriah

Jadikan waktu sahur anda lebih meriah dengan makan bersama keluarga atau rakan serumah. Dengan cara ini, anda akan berasa teruja dan lebih bersemangat untuk bangun bersahur. Jika berpeluang bersahur bersama keluarga, ambil peluang untuk membuat persediaan sahur bersama ibu dan adik beradik. Pasti anda akan berasa teruja untuk bersahur bersama.

4. Niat Sebelum Tidur

Tahukah anda, walaupun kedengaran agak pelik tetapi dengan memasang niat untuk bangun bersahur sebelum tidur, pasti akan membuatkan anda terjaga tepat pada waktunya.

Teks oleh : Izzat Ridzwan