Peminat Justin Bieber merayu penyanyi itu membatalkan konsert siri jelajahnya di Britain, susulan insiden pengebom di konsert Ariana Grande di Manchester, semalam.

Rayuan itu dibuat menerusi media sosial Twiiter dan Instagram berikutan kebimbangan kejadian berkenaan menyasarkan peminat golongan muda dan remaja.

Bintang remaja kelahiran Kanada itu dijadual mengadakan konsert di Hyde Park, London pada Julai ini.

Namun sehingga kini mereka pihak penganjur masih belum mengumumkan tarikh konsert berkenaan.

Ramai peminat membanjiri media sosial bagi mendesak ia dibatalkan atas faktor keselamatan peminat serta penyanyi itu sendiri.

Antara komen yang diberikan adalah daripada seorang peminat kepada pengurus Bieber, Scooter Braun.

"Batalkan konsert Justin di UK, tolonglah! Kami mahu anda selamat, tolong!" tulisnya.

Braun turut menguruskan Grande bekas bintang Nickelodeon yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan remaja.

Sumber: The Sun