Seorang pemandu bersama dua lagi rakannya terkejut apabila gurauan seram mereka bertukar menjadi kenyataan.

Menerusi video yang tular di media sosial, dua orang wanita sedang bergurau bersama rakannya dan sempat mengusik dengan mengatakan ada hantu di tempat duduk belakang kereta.

Selepas diusik rakannya, gadis yang berada di tempat duduk belakang, terus berpindah ke bahagian hadapan.

Ketika mereka bergurau dan merakam gelagat rakannya itu, tiba-tiba objek seperti kain putih secara tiba-tiba muncul di tempat duduk belakang.

Menurut pemandu yang bernama Nurul Syakira Fadzil, mereka tidak membawa atau membeli sebarang kain putih ketika itu.



Setelah menonton semula rakaman video tersebut, mereka sedar akan kewujudan objek misteri itu dan menyesal dengan tindakan mereka yang bergurau tidak kena tempat dan masa.

Rata-rata pengguna di media sosial yang menyaksikan video itu berpendapat bahawa mereka tidak sepatutnya bergurau tentang perkara sedemikian.

Berikut kami kongsikan video seram tersebut yang telah ditonton lebih daripada sejuta penonton:




Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : FB Nurul Shakira Fadzil