Seorang murid sekolah rendah berusia 12 tahun telah bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya pagi tadi.

Murid tahun enam SK Sri Andalas, Klang itu ditemui oleh guru sekolah terbaring di kaki lima sekitar jam 7.20 pagi.

Pelajar tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan doktor mengsahkan bahawa dia cedera pada bahagian tulang belakang dan retak di leher.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah sejak tiga hari lalu kerasa sakit telinga.

”Mangsa memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia tak mahu ke sekolah kerana bergaduh dengan rakan sekelas.

”Sebelum kejadian, mangsa berada di kelasnya yang terletak di tingkat tiga bangunan sekolah itu.

”Dia kemudian diarahkan oleh pengawas untuk turun bagi menyertai perhimpunan,” katanya kepada pihak media.

Pihak polis turut menemui sebuah kerusi di koridor bertentangan kelas yang dipercayai digunakan mengsa untuk terjun.

Sebab utama mangsa bertindak demikian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa mengesahkan bahawa insiden ini tiada sebarang unsur jenayah.

Sumber : Harian Metro, Sinar Harian
Olahan : Izzat Ridzwan