Kepada peminat Star Wars, inilah masa yang sesuai untuk anda merasai sendiri kemeriahan sambutan ulang tahun ke 40 Star Wars yang diadakan di Legoland Malaysia.

Legoland Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bulan Star Wars sepanjang Mei ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak.

Lego Star Wars Day merupakan tarikan terbaru taman tema tersebut selepas Legoland Ninja Go.

Astro Gempak beri anda lima sebab kenapa peminat fanatik Star Wars wajib ke Legoland:

Pameran terbesar Lego Star Wars Miniland Live



Di sini pengunjung boleh melihat sendiri susunan lego yang dibina khas untuk watak-watak Star Wars. Setiap replika disusun atur dengan begitu teliti dan menggambarkan suasana sebenar filem popular tersebut.

Selain itu, beberapa replika juga turut digerakkan secara automatik dan dilengkapi dengan kesan bunyi yang membuatkan pengunjung berasa seolah-olah berada di dalam filem berkenaan.

Ambil Gambar Bersama Watak-Watak Star Wars



Okay ini memang cool! Bayangkan korang tengah berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan di Legoland tiba-tiba terserempak dengan Darth Vader. Apa perasaan korang? Pasti tak sabar nak merakamkan foto kenangan bukan?

Kalau nak tahu bukan hanya Darth Vader, banyak lagi watak lain seperti Stormtroopers dan Princess Leia akan berjalan-jalan disepanjang kawasan Legoland. Oh, kalau korang bernasib baik dapatlah jumpa Darth Vader berjalan sambil memegang tangan anaknya. Hihihi

Spot Stormtroopers



Ini agak menarik, kalau inginkan hadiah misteri, korang perlu mencari Stormtroopers bersaiz mini yang ada di tag nama staff Legoland Malaysia. Kemudian ambil gambar dan tunjukkan di kaunter masuk untuk menebus hadiah tersebut. Yang penting jangan malu-malu nak tegur staff Legoland, mereka semua peramah.

Tarian Stormtroopers



Pernah tak tengok Stormtroopers menari? Tak pernahkan, jadi inilah masanya dan pastinya acara ini merupakan salah satu acara yang paling dinantikan oleh pengunjung. Comfirm anda akan tersenyum sebab tarian mereka ni cool tau!

Selain tarian, anda juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama mereka dengan cara yang paling kreatif. Jangan lupa gunakan hashtag #Legolandstarwars dan muat naik di akaun Instagram, pasti dapat banyak likes!

Jedi Academy



Kepada mereka yang mempunyai impian untuk menjadi pahlawan Jedi, apa kata anda ke Jedi Academy di Legoland. Di sini Master Jedi akan memberi peluang dan mengajar anda untuk merasai pengalaman menjadi Jedi.

Istimewa lagi, anda juga akan diberi sijil Jedi Academy sebagai bukti pernah menyertai perlawanan Jedi. Whoa cool-nyaa!

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang rasai kemeriahan sambutan ulang tahun ke 40 Star Wars di Legoland Malaysia sehingga 31 Mei ini.

Teks oleh: Mya Amri

Kredit foto: Byxura Zainol