Pelakon Fizz Fairuz akui hanya akan mendedahkan wajah anak keduanya, Aurora selepas dia mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran.

Fizz berkata itu adalah pendirian Almy sejak kelahiran anak pertama mereka iaitu Ariana.

"Ini memang permintaan Almy sendiri kerana dia hanya akan mendedahkan wajah anak selepas kami mengadakan majlis doa selamat.

"Kebetulan kali ini majlisnya agak lewat sedikit tapi kami merancang untuk mengadakannya selepas Raya ini.

"Ini biasa, sebab itu wajah anak kedua saya tidak pernah didedahkan Almy sepenuhnya di Instagram," katanya kepada Astro Gempak.

Fizz dan Almy yang berkahwin pada April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Nur Afrina Arianna, 2, Aurora, 8 bulan dan seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 7.

Dalam pada itu, Fizz memberitahu dia akan membuka akaun Instagram untuk anak keduanya tidak lama lagi.

"Ariana kami telah buka akaun Instagram begitu juga Aurora nanti.

"Tiada tujuan tertentu pun mengapa kami bukan Instagram anak-anak, cuma bila ada akaun itu mudah untuk kami sendiri boleh melihat perkembangannya dari semasa ke semasa.

"Lagipun peminat Almy selalu minta lebih banyak video dan gambar Ariana di Instagram berbanding gambar kami sendiri.

"Jadi lebih mudah untuk mereka lihat sendiri sahaja di akaun anak kami," katanya lagi.

Fizz kini sedang menjalani penggambaran filem Munafik bersama pelakon lain seperti Maya Karin, Syamsul Yusof, Mawi dan ramai lagi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal