Penyanyi Rossa akui hubungannya dengan penyanyi Afgan sangat rapat.

Pun begitu, Rossa menolak untuk menjawab apabila ditanya adakah hubungan itu lebih daripada kawan.

"Apa yang boleh saya katakan hubungan saya dengan Afgan memang rapat, sejak dulu lagi.

"Soal cinta dan selebihnya itu saya tidak mahu komen. Saya tidak mahu cakap mengenai soal peribadi," katanya kepada Astro Gempak.

Rossa ditemui ketika pelancaran portal Pretty Suci di Shangri La, semalam.

Penyanyi lagu Atas Nama Cinta itu baru-baru ini baru sahaja pulang bercuti ke Turki bersama Afgan.

"Sebenarnya saya ke sana untuk photoshoot sebagai duta sebuah travel agent.

"Tapi bila Afgan tahu saya mahu ke sana dia sendiri beritahu ingin ikut saya dan sekaligus bercuti.

"Dia hanya menemani saya sahaja," katanya lagi.

Teks oleh:Syafiqah Jalal