Dina, Radin Gamatkan Kempen Kedua #YouCanDuit Di Selangor 

20 Mei 2017. 1.06 AM
411
Iklan
Dina, Radin Gamatkan Kempen Kedua #YouCanDuit Di Selangor 

Pada 5 hingga 7 Mei lalu, telah berlangsung Kempen kedua #YouCanDuit di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya.

Kempen #YouCanDuit sepanjang 2017 ini diadakan serentak dengan sambutan Hari Belia Kebangsaan dan siri jelajahnya akan ke setiap negeri, bersama mentor selebriti kesayangan ramai Datuk Rosyam Nor.

Imbas kembali kempen yang berlangsung pada awal Mei lalu bersempena sambutan Hari Belia Kebangsaan peringkat negeri Selangor, selain mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, selebriti popular juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi program tersebut.

Penyampai radio Era yang juga pemenang kategori Penyampai Radio Paling popular ABPBH 3.0, Radin berjaya menarik perhatian pengunjung kempen dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik, ditemani rakan seperjuangannya Dina.

Selain itu, Rosyam Nor turut berkongsi cara untuk menambah pendapatan secara digital melalui eRezeki dan eUsahawan bersama-sama dengan Sherry Al Hadad dan Zain Saidin. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik juga disediakan untuk seisi keluarga bersama maskot adiwira Boboiboy dan Didi & Friends.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menyertai karnival #YouCanDuit ketiga yang berlangsung pada 19 Mei hingga 21 Mei, bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula 9 pagi hingga 6 petang, bersempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2017.

Kali ini, Rosyam Nor bakal ditemani usahawan bedak sejuk paling, Mok Cun (Erma Fatima) yang bakal berkongsi pelbagai tips berguna kepada para pengunjung Kempen #YouCanDuit nanti.

#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.

eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital.

Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital.

Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

 


Artikel Berkaitan


Komen