Kebiasaannya selepas menjamu selera, kita akan mempunyai satu tabiat atau habit yang akan diulang setiap hari tanpa disedari.

Tahukah anda, kebanyakan amalan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia selepas makan adalah tidak baik untuk kesihatan.

Berikut kami senaraikan perkara yang patut anda elakkan selepas makan:

1. Merokok

Merokok selepas makan adalah antara habit yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia. Tahukah anda, hampir semua sistem dalam badan anda akan terlibat dalam proses pencernaan yang aktif. Ketika itulah nikotin akan diserap secara dua kali ganda dan sekaligus menambahkan semua kesan bahaya di dalam badan. Selain itu, tembakau juga boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral, termasuk kalsium dan vitamin C dan D ke dalam badan. Jadi, tabiat ini sememangnya harus dihentikan

2. Minum Teh

Walaupun kedengaran tidak berbahaya dan mungkin ramai di antara anda sering melakukannya. Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa minum teh panas selepas makan akan menggangu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Disebabkan itu, gologan kanak-kanak dan khususnya wanita hamil, amatlah tidak digalakkan untuk minum teh selepas makan.


3. Tidur

Sering kali kita dengar tentang mitos yang mengatakan tidur selepas makan akan mengebabkan kegemukan. Tetapi sebenarnya tidak. Tidur selepas makan akan menyebabkan penyakit seperti pedih ulu hati, sendawa dan keasidan yang tinggi, selain akan menigkatkkan risiko strok. Pastikan anda hanya akan tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

Sumber : Cosmopilitan
Olahan : Izzat Ridzwan