Pelakon Janna Nick menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain bola sepak dari Kedah.

Menurut Janna, dia merupakan peminat setia pasukan bola sepak negeri Kedah dan akan ke stadium menonton perlawanan pasukan kegemarannya itu.

"Saya ke stadium dengan niat untuk menonton perlawanan bola sepak sahaja kerana itu merupakan minat saya sejak dulu lagi.

"Itu tidak bererti saya sedang bercinta dengan pemain bola kerana perkara tersebut tidak pernah terlintas di fikiran saya.

"Saya akan cuba elakkan untuk bercinta dengan mereka, lagi pun saya tidak tahu bagaimana sikap pemain bola, bukan apa saya tak nak suami saya sakit, penat dan sebagainya," katanya kepada Astro Gempak.

Janna ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Janna, dia masih solo dan belum pernah ada mana-mana pemain bola sepak yang cuba untuk mengenalinya.

"Tujuan saya ikhlas ke stadium untuk tengok bola dan tidak ada masa nak ‘hai-hai’ kepada mereka.

"Lagipun saya terus balik selepas perlawanan berkahir," katanya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi