Kecoh! Pelawak Mat Over Tampar David Teo Di Hadapan Perdana Menteri

17 Mei 2017. 11.15 PM
67,671
Viral
Kecoh! Pelawak Mat Over Tampar David Teo Di Hadapan Perdana Menteri

Kecoh apabila video penerbit David Teo ditampar pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni tular di media sosial.

Kekecohan bermula apabila David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan segmen sembang.

David turut mendakwa Rosyam tidak adil kepada peserta yang hadir kerana sering memberi peluang bertanya di bahagian tertentu sahaja.

Rosyam pula meminta David jangan mempertikai caranya mengendalikan segmen sembang itu dan menasihat penerbit itu agar menjaga adab di depan Perdana Menteri.

Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan berkata, "Jangan kurang ajar depan Perdana Menteri!" sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

David cuba membalas serangan Mat Over tetapi berjaya dileraikan oleh beberapa anggota polis dan rakan artis.




 
 

Dialog yang dikendalikan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor kemudian diteruskan seperti biasa.
 
Sebanyak 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana di sini hari ini.
 

Artikel Berkaitan


Komen