Penyanyi popular Korea Selatan, telah menjadi selebriti pertama yang namanya digunakan untuk sebuah hutan simpan di negara itu.

Hutan simpan yang diberi nama bersempena dengan nama asal G Dragon iaitu Kwon Ji Yong, terletak di Seogwipo, Pulau Jeju.

Hutan itu telah dibuka kepada orang ramai pada Ahad lalu selain mempunyai lebih 50 tanaman citrus yang menarik.

Projek penghasilan hutan simpan ini telah dirancang oleh kelab peminat G Dragon sendiri bermula pada Ogos 2016.

Mereka juga telah bercadang untuk menghadiahkan hutan ini kepada G Dragon bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada Ogos akan datang.

Menurut wakil Tree Planet, iaitu persatuan yang turut terlibat bagi menjayakan projek ini, mereka akan menyalurkan hasil tanaman kepada badan kebajikan.

Dengan terhasilnya hutan simpan Kwon Ji Won ini, mereka turut berharap agar ianya dapat menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.

Sumber : Kpopherald
Olahan : Izzat Ridzwan