Pelakon Fazura akui tidak kisah jika lakonannya dalam Hero Seorang Cinderella dibandingkan dengan heroin Suri Hati Mr. Pilot, Neelofa.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, dia menggangap perkara tersebut normal kepada semua pelakon.

"Bagi saya perkara itu adalah biasa kerana kami sendiri mempunyai peminat masing-masing yang menyokong kerjaya seni kami.

"Saya juga telah bersedia jika dibandingkan dengan Neelofa kerana ia bergantung kepada 'selera' masing-masing.

"Apa yang penting saya sudah melakukan yang terbaik dan bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah Michael Ang," katanya kepada Astro Gempak.

Fazura ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini.

Drama bersiri Hero Seorang Cinderalla adaptasi novel karya Anjell, bakal menemui penonton bermula 22 Mei ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Selain Fazura, pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialahFattah Amin, Uqasha Senrose, Zizie Ezette dan Jasmine Suraya.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi