Anggota kumpulan Red Velvet, Wendy akui pernah mengalami masalah berat badan sehingga membuatkan dirinya agak takut untuk menjamah makanan.

Menurut Wendy berkata untuk mendapatkan berat badan ideal dia terpaksa melakukan diet extreme dan terpaksa berpuas hati apabila melihat anggota lain menikmati makanan kegemaran mereka.

“Kini saya berjaya menurunkan berat badan dan disebabkan saya pernah mengalami masalah berat badan, saya rasa sedikit takut apabila menjamah makanan.

“Jika saya makan dalam jumah amaun yag lebih daripada sepatutnya saya akan berasa resah dan tidak sedap badan.

“Ketika saya mengamalkan diet, saya tidak boleh menjamah makanan sesuka hati dan terpaksa berpuas hati apabila melihat rakan lain makan dengan begitu seronok.

“Bila melihat mereka begitu menikmati makanan tersebut, saya rasa ‘kenyang’ dan lega,” ujarnya dalam satu temubual.

Dalam perkembangan lain, Red Velvet, NCT 127 dan Yesung bakal hadir ke Malaysia untuk konsert I-Seoul-U pada 23 Mei ini bertempat di Pusat Convention Center, Kuala Lumpur.