Penyanyi Elly Mazlein akui status ibu tunggal bukan penghalang buat dirinya untuk membesarkan anaknya, Sefhia dengan baik.

Elly berkata anak perempuannya, Putri Sara Sefhia tidak mempunyai banyak ragam seolah-olah memahami kerjaya ibunya.

“Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun yang amat indah dan saya rasa sangat bahagia kerana berpeluang untuk menjaga dan membesarkan Sefhia.

“Sefhia seorang anak yang sangat baik dan tidak banyak karenah, dia juga sudah faham dengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling dia.

“Walau sibuk macam mana pun saya akan pastikan dia sentiasa berada bersama saya.

"Bila dah bergelar ibu, kalau sehari tidak berjumpa memang rasa rindu. Dia adalah segalanya dan saya memang memberi keutamaan kepada Sefhia.

“Kalau saya keluar bekerja, Sefhia akan dijaga oleh pembantu rumah dan juga bapa saya, rasa lebih selesa bila ada dikalangan ahli keluarga yang pantau Sefhia ketika bekerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Teks oleh: Mya Amri