Berikutan videonya berpakaian seksi tersebar, pelakon Izara Aishah tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya, pagi tadi.

Menerusi entri tersebut, Izara telah memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penyebaran video tersebut termasuk ibu bapa dan peminatnya.

Izara turut menjelaskan video tersebut dirakam pada tahun lalu di sebuah acara fesyen, bukan di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi.

“Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then (maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan,” tulisnya.

Katanya lagi, dia menyedari tentang penyebaran video tersebut sejak Sabtu lalu dan mula diviralkan di laman sosial bermula semalam.

Bakal isteri Adib Khalid itu turut menganggap perkara ini sebagai ujian buatnya sebelum bergelar isteri.

“Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul.

“Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua,” katanya.

Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on