Penyampai radio Era, Radin akui hubungannya dengan pelakon Ayda Jebat masih baik.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy berkata gosip Ayda yang dikatakan sedang intim dengan pelakon Redza Rosli tidak menjejaskan hubungan mereka.

"Kalau boleh saya mahu ambil pendekatan untuk tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini kerana orang di luar perlu faham saya dan Ayda ada keluarga yang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, kami masih berkawan dan hubungan kami juga baik seperti biasa.

"Cuma mungkin orang lihat hubungan kami tidak baik sepetri dulu disebabkan masing-masing sibuk dan susah untuk lihat kami bersama seperti dahulu.

"Secara jujur saya kata kami masih berkawan," katanya kepada Astro Gempak.

Radin tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) yang bersaing dengan Johan Raja Lawak, DJ Lin, Ikhwan dan Haiza.

Pengacara AM Live itu memberitahu dia terharu apabila tercalon bersama nama-nama besar dalam industri.

"Ini kali pertama saya tercalon selepas tiga tahun menceburi bidang penyampain radio dan pengacaraan.

"Saya amat terharu kerana tercalon dengan nama-nama besar.

"Tak sangka saya ada peminat kerana anugerah ini merupakan undian peminat sepenuhnya.

"Saya tidak mengharap untuk menang tetapi saya akan jadikan ini sebagai motivasi dalam kerjaya saya," katanya lagi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal