Pelakon, Raja Afiq memberitahu kontroversi meninggalkan set penggambaran sebuah drama pendek sebelum ini tidak menjejaskan kariernya.

Malah menurut Raja Afiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata perjalanan karier seninya masih lagi seperti biasa.

“Bagi saya pencalonan di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini rasanya tiada kaitan dengan kontroversi kerana orang lebih meminati drama lakonan saya.

“Saya juga tercalon dalam kategori pasangan serasi dan bukannya secara individual jadi saya tak rasa pencalonan ini ada kena mengena dengan isu saya yang terdahulu.

“Saya akui ada sesetengah kontroversi membantu dan ada yang tidak. Alhamdulillah, buat masa ini perkara itu tidak memberi kesan kepada saya.

“Lagipun semua yang berlaku itu bagi saya semuanya asam garam dalam industri,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Raja Afiq merupakan calon akhir bagi kategori Gandingan Serasi Drama bersama Niena Baharun menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Teks oleh: Mya Amri